Assalamualaikum....Alhamdulillah diberi jua kekuatan olehNya untuk menulis di laman maya ini.Sebenarnya tiada alasan untuk tidak istiqamah dalam bidang dakwah walau apa pun mediumnya samada melalui penulisan dan sebagainya (sekadar menemplak diri).
Silibus pelajaran tahun 3 usuluddin Hadis,Univ.Al-Azhar(Banat) banyak mengkisarkan tentang Imam mulia ini samada dari segi manhaj penulisan beliau dalam bidang tafsir dan hadis,hal ini menyebabkan saya tercari-cari siapakah imam yang mulia ini?Saya ingin mengenalinya secara mendalam ,bukan sekadar beberapa karangannya yang saya ingat....Kisah pada bahagian ini yang paling berbekas di hati ketika profil tentang Imam mulia ini dicari.Sengaja ingin berkongsi dengan kalian tentang Allamah Imam Suyuti menceritakan "Pada suatu hari ,aku bermimpi melihat Nabi sallahualahiwasalam seolah-olah aku sedang berada dihadapan Baginda Sallahualahiwassalam.Maka aku menyebut kepada Baginda akan kitab hadith yang baru aku karang iaitu kitab Jam'ul Jawami',aku berkata kepada Baginda:"Adakah kamu mahu aku membacakan kepada kamu sedikit daripadanya?."
Maka Baginda Sallhualhiwassalam berkata kepada ku:"Bawalah kemari hadith itu padaku wahai syeikh.Ini adalah merupakan berita gembira yang lebih besar dan beerti bagiku dari dunia dan seisinya."
Sallahualahiwassalam...
Belajar Hadis bukan untuk suka-suka,biar sampai kepada Rasulullah,biar jadi Saif Sunnah melawan sesiapa yg cuba mencabuli kesucian Hadis dan Sunnah Baginda Sallahualahiwassalam....pesanan untuk diri.
Entri.....
POLITIK DUNIA ISLAM 2009:10 BERITA UTAMA
Perkembangan dunia Islam terus menjadi berita-berita utama antarabangsa, memberi kesan kepada politik serantau dan global, bermula dengan serangan Israel ke atas Gaza pada Disember 2008 sehingga Januari 2009, kepada konflik di Yaman yang semakin merebak ke seluruh wilayah negara itu dan jiran. Berikut 10 berita dan pemain utama dalam dunia Islam, yang memberi kesan besar kepada negara terbabit, dunia Islam secara keseluruhan dan politik dunia.
1. Serangan terhadap Gaza, Palestin
Dunia Islam memulakan tahun 2009 dengan menyaksikan konflik di Gaza, perang mempertemukan kekuatan tidak seimbang tentera Israel dengan Hamas dan kumpulan-kumpulan lain di wilayah Palestin dikuasai Hamas ini. Perang bermula pada Disember 2008. Awal 2009, Israel memulakan serangan darat selepas seminggu serangan udara. Perang berakhir pada 18 Januari, dua hari sebelum presiden baharu Amerika Syarikat, Barack Obama mengangkat sumpah. Hampir 1,500 warga Palestin dilaporkan terbunuh, dengan kemusnahan hampir AS$2 bilion. Israel turut menyerang masjid, sekolah dan tempat-tempat awam, membunuh semua termasuk kanak-kanak. Tidak lama selepas perang, Israel memilih sebuah kerajaan dikuasai parti berhaluan kanan. Demonstrasi diadakan di seluruh dunia membantah tindakan Israel. Reaksi di dunia Islam termasuk boikot terhadap jenama AS dan Barat seperti McDonald's, Tesco, Starbucks, KFC dan pelbagai produk konsumer lain.
2. Dasar luar baharu Turki
Negara yang sedang menggerakkan dasar luar baharu, Turki, bertindak pragmatik dalam menangani isu Gaza melalui satu tindakan Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan dalam forum di Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland, menaikkan imej Turki ketika dunia Arab dilihat gagal bertindak. Di bawah arkitek dasar luar baharu Ahmet Davutoglu, akademik hubungan antarabangsa berpengalaman luas, Turki mengaktifkan usaha baharu membina hubungan baik dengan negara-negara jiran termasuk Armenia dan Syria dan cuba membina ruang pengaruh, berdasarkan fahaman pan-Turkisme atau apa yang disifatkan pemerhati sebagai perspektif "neo-Uthmaniyah" Ahmet. Ahmet, yang pengalamannya termasuk mengajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Beykent Istanbul, disebut sebagai "Henry Kissinger Turki" yang kini menjadi tokoh penting parti pemerintah, AKP.
3. Konflik Yaman
Menjelang Ramadan tahun lalu, Yaman menyaksikan bermulanya konflik melibatkan kerajaan pimpinan Presiden Ali Abdullah Saleh dengan pemberontak Houthi di utara. Kini, setelah tiba bulan Muharram 1431, konflik di Yaman semakin meluas dan meningkat dari segi intensitinya, apabila AS mula terlibat dalam serangan terhadap kumpulan al-Qaeda di negara ini, kumpulan dikenali sebagai al-Qaeda di Semenanjung Arab (al-Qaeda in the Arabian Peninsula, AQAP) menggabungkan al-Qaeda Yaman dengan Arab Saudi. Negara dilanda masalah sumber air dan hidrokarbon ini juga berdepan kebangkitan kumpulan pemisah Marxist di selatan. Penglibatan Saudi menyerang Houthi juga menambahkan kerumitan konflik ini, yang kini telah menyebabkan lebih 170,000 menjadi pelarian di dalam negara. Peranan Iran dan Saudi memperlihatkan dimensi persaingan kuasa serantau dalam konflik ini.
4. Pilihan raya presiden dan isu nuklear Iran
Iran mengadakan pilihan raya presiden pada 12 Jun lalu, dengan keputusan penyandang Mahmoud Ahmadinejad mengekalkan jawatan. Walau bagaimanapun, keputusan ini ditentang hebat Mir Hossein Mousavi dan ribuan penyokongnya, menggegarkan republik Islam yang berpandukan kepada ide Wilayatul Faqih yang menetapkan kuasa kepada para ulama. Kebangkitan digelar "revolusi hijau" oleh kem Mir Hossein mendapat kredibiliti dan imej yang positif bagi sesetengah pihak kerana warna hijau yang digunakan - yang dikaitkan dengan Islam dan Nabi Muhammad saw - sebagai simbol gerakan menentang pemerintah Iran. Pemerintah Iran masih berdepan cabaran getir penentangan ini, yang mendapatkan simpati apabila Ayatullah Hossein Ali Montazeri meninggal dunia pada 20 Disember lalu. Pada masa yang sama, Iran terus berdepan cabaran berhubung isu nuklearnya apabila sikap kerajaan baharu AS tidak berubah walaupun sedia berunding.
5. Afghanistan-Pakistan dan Taliban
Afghanistan dan Pakistan ditangani sebagai satu oleh sebahagian besar komuniti dasar luar AS, ekoran hubungan rapat kumpulan Taliban di kedua-dua negara dan kaitan rapat geografi kedua-dua negara dalam konflik di Afghanistan. Afghanistan kini menjadi satu agenda dasar luar penting bagi Obama, yang meluluskan 30,000 anggota tentera untuk dihantar ke negara ini. AS kini mempunyai kehadiran yang besar di Asia Tengah. Pada masa sama, Presiden hamid Karzai baharu melengkapkan anggota kabinetnya, yang dikritik ramai sebagai tidak memenuhi janji memerangi korupsi dan pada masa sama memberikan kuasa kepada pihak-pihak tidak sepatutnya. Kedatangan lebih ramai tentera AS dan pemerintahan Hamid yang tidak bersih dan bebas bakal meneruskan ketidaktentuan di Afghanistan. Kedatangan lebih ramai anggota tentera mampu meningkatkan lagi konflik dengan kumpulan militan.
6. Lanun dan kehadiran kuasa asing di Somalia
Penculikan dan rampasan kapal oleh lanun Somalia yang mula berleluasa pada 2008 terus berlaku pada 2009, dan menarik kedatangan tentera-tentera laut asing termasuk Jepun dan Rusia, menjadikan kawasan perairan Somalia yang strategik itu semakin tegang. Kawasan Teluk Aden bersempadan Laut Merah - dihubungkan laluan sempit Bab al-Mandeeb di tengah-tengah antara Djibouti dan Eritrea dengan Yaman - ialah satu laluan penting dalam perdagangan antarabangsa. AS juga menjalankan operasi pesawat tanpa juruterbang di kawasan perairan ini. Kawasan ini terletak tidak jauh daripada Yaman, satu lagi kawasan panas yang menjadi salah satu sumber senjata bagi lanun Somalia. Selain itu, tentera AS dan Iran juga meningkatkan kehadiran di kawasan perairan ini, mengaitkannya dengan isu lanun dan juga ketidakstabilan di Tanduk Afrika dan Yaman.
7. Pilihan raya Lubnan
Lubnan menjadi medan persaingan kuasa-kuasa asing sejak sekian lama, dan pilihan raya pada 7 Jun 2009 menunjukkan realiti ini kekal dalam permainan politik Lubnan. Kumpulan 14 Mac yang pro-Barat memenangi 71 daripada 128 kerusi, yang dibahagikan kepada 64 untuk Muslim dan 64 Kristian, susunan diwarisi daripada penjajahan Barat yang memberi kelebihan kepada Kristian. Saad Hariri dan kumpulan 14 Mac mendapat sokongan kuat AS, Arab Saudi dan Mesir, manakala Hizbullah dan Amal disokong Iran dan Syria. Kumpulan diketuai Hizbullah yang disebut-sebut akan menang tidak berjaya merealisasikan jangkaan itu, tetapi Lubnan meneruskan penubuhan kerajaan perpaduan seperti yang dilaksanakan penggal lepas, proses yang hanya selesai beberapa minggu lalu, dengan Saad mengetuai kerajaan baharu.
8. Uyghur di Xinjiang
Wilayah Xinjiang menyaksikan kebangkitan rakyat berketurunan Uyghur memprotes layanan buruk kerajaan China dan dominasi kaum Cina han di wilayah tersebut. Di sini dapat diperhatikan perana Turki menggerakan kaum Uyghur daripada rumpun bangsa Turki sebagai sebahagian agendanya meluaskan ruang pengaruh. Ankara dan Beijing bertikam lidah dalam hal ini, dengan Turki berperanan sebagai pembela nasib Uyghur ketika China dilihat di seluruh dunia sebagai penindas. Dengan sokongan Turki dan AS, Rebiya Kader, tokoh Uyghur berpangkalan di Washington muncul sebagai ikon kaum tertindas ini, hampir menyamai peranan dimainkan Dalai Lama bagi Tibet. Perkembangan ini, yang berlanjutan selama beberapa bulan, menyumbang dalam menjadikan perjuangan Uyghur menuntut kebebasan dalam hal berkaitan agama dan budaya menjadi perhatian dunia Islam untuk satu tempoh.
9. Libya dan pembebasan Abdel Baset al-Megrahi
Abdel Baset al-Megrahi, disabit bersalah dalam pembunuhan 270 orang akibat pengeboman pesawat AS, Pan Am 103 di ruang udara Lockerbia, Scotland pada 21 Disember, 1988. Beliau dijatuhi hukuman penjara seumur hidup. Negaranya, Libya, menjadi tumpuan negara-negara Barat terbabit dan diletakkan sebagai satu musuh utama untuk satu tempoh yang panjang. Pada 20 Ogos lalu, beliau dibebaskan atas dasar kemanusiaan kerana dinilai doktor menghidap kanser prostat dan hanya akan hidup kurang tiga bulan lagi. Satu debat politik antarabangsa berlangsung ekoran tindakan kerajaan Scotland ini. Abdel Baset masih berusaha membersihkan namanya daripada tuduhan terlibat dalam pengeboman itu. Keadaan sekitar pembebasan Abdel Baset mengundang pelbagai spekulasi berhubung rundingan pembebasan beliau melibatkan kerajaan terbabit.
10. Islamofobia di Eropah
Di Dresden, timur Jerman, pada 11 November lalu, Alexander Wiens, pembunuh Marwa al-Sherbini dijatuhi hukuman penjara seumur hidup. Wiens disabit membunuh Marwa akibat prejudisnya terhadap wanita Muslim berasal Mesir itu. Beberapa minggu lalu, di Switzerland, usaha mengharamkan menara masjid di negara itu mendapat sokongan 57 peratus pengundi negara Eropah itu. Sentimen itu sampai ke Belanda dan Jerman, apabila ahli-ahli politik berhaluan kanan di sana melahirkan sentimen yang sama. Sebelum itu, di Cologne, Jerman dan di utara London, Inggeris, protes terhadap masjid telah berlaku, memperlihatkan sentimen yang semakin disuarakan di Eropah, walaupun tidak kelihatan mendapat sokongan popular. Perkembangan ini menimbulkan persoalan tentang potensi ancaman kepada kepelbagaian budaya dan kebebasan beragama di Eropah.
sumber:harakahdaily.net
Air Mata Perjuangan....
Melihatkan semangat ulama'dan para pejuang agama Allah yang benar-benar ingin mendaulatkan agama Allah dimuka bumi membuat saya berfikir sejenak dan membuat beberapa kesimpulan terhadap sunnah perjuangan ini......
*Perjuangan mendaulatkan kalimah Allah di muka bumi ini lebih berharga dari harga sebuah darah ,nyawa,kesihatan, kelapangan, kekayaan serta lebih bernilai dari dunia dan segala isinya.
*Perjuangan yang dilakukan ikhlas demi mencapai Mardhotillah sentiasa berterusan biar jenuh dan perit diuji.
Semoga ybgh Dato Dr.Hj.Harun Din,Timbalan Mursyidul Am diberi kesihatan,dirahmati serta diberkati oleh Allah, dan moga cepat sembuh untuk meneruskan sunnah perjuangan Rasul Sallalahualahiwasallam ini.."Ya Allah berilah rahmat dan kasih sayangMu kepada para ulama dan pejuang yang cintakan syahid di jalanMu,kuatkanlah langkah dan tetapkan hati mereka dijalanMu dan jadikanlah kami sebagai generasi penyambung perjuangan mereka..Akhirkanlah perjuangan kami ini dengan kemenangan atau syahid di jalanMu.. "Aminn
JOM SERTAI USRAH!!!
(Gambar Ihsan dari http://www.episodeperjuangan.blogspot.com/)
belum terlambat untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang kerana melancarkan projek "Jom sertai Usrah".Satu usaha yang baik bagi menarik minat golongan muda menyertai usrah......Saya kira usaha ini harus dicontohi oleh semua persatuan mahasiswa islam di seluruh dunia.Memberi nafas baru kepada usrah yang kini letai dihinjak oleh arus kemodenan, harus digalasi oleh semua pihak samada pimpinan persatuan mahasiswa islam mahupun para ahlinya.Dari pengamatan saya , mahasiswa Mesir rata-ratanya kurang menghayati konsep usrah.Menjadikan usrah sebagai medan menadah kitab dan menuntut ilmu sahaja adalah faktor utama membunuh institusi usrah di kalangan mahasiswa Malaysia di bumi Mesir.Ya,jika ingin dibandingakan dengan usrah dengan pengajian-pengajian talaqqi di luar memang amat berbeza konsep dan cara.Kesalahan memahami konsep menyebabkan banyak tohman berlaku terhadap usrah.....
TUJUAN DAN MATLAMAT USRAH
1.Memberi kefahaman yang benar dan jelas terhadap tasawwur Islam kepada ahli Usrah supaya dapat menentukan sikap dan hukum terhadap sesuatau perkara atau permasalahan.
2.Meningakatakana penghayatan amal islami dan menghidupkan rasa tanggungjawab untuk menjaga dan memepertahankan kemuliaan dan ketinggian ajaran islam samada secara peribadi atau berkumpulan.
3.Menjalin dan mengukuh ikatan Ukhuwwah dan persaudaraan dan memupuk semangat bertindak san berkerja secara berkumpulan.
4.Mendidik,memupuk bakat dan serta mengeluarkan insan-insan yang benar-benar mampu dan teguh pendirian serta sihat tubuh badan,sempurna dan pemahaman ilmu serta akhlak.
Usrah tidak pernah menggabaikan ilmu namun harus DIINGAT usrah bukan medan menuntut ilmu semata-mata seperti pengajian di Kuliah.Usrah medan mempraktikkan ilmu lewat pengajian kita bersama para Masyaikh.
Disini ada beberapa anasir yang boleh dijadikan ukuran terhadap Usrah yang berjaya:
-Di antara tanda kejayaan awal bagi sesebuah USrah ialah kedatangan ahli-ahli ke majlis secra konsisten dan berterusan.Seterusnya dapat dilihat,ahli-ahli sentiasa menghadiri
program -program dakwah,samada pengajian,ceramah atau lain-lain majlis ilmu.
-Seterusnya dapat dilihat ahli terus meninggalkan kebiasaan yang tidak bermanfaat kepada masyarakat dan agama diisi dengan perkara-perkara berfaedah.
Ayuh!!! Kepada semua mahasiswa persatuan islam mari sama-sama meniup nafas untuk menghidupkan roh usrah ,dakwah dan tarbiyyah dimana jua kita berada.JOM SERTAI USRAH!!
Peranan Muslimat amat penting di Kedah
Peranan muslimat dalam menjayakan misi dan visi PAS selama ini, apa yang ustazah perhatikan?
USTAZAH AISHAH: Muslimat merupa orang yang perlu turun ke akar umbi untuk memastikan wanita-wanita di bawah mendapat maklumat yang penuh dan jelas tentang dasar-dasar parti. Ini kerana kadang-kadang muslimat hanya berada di rumah dan mendapat maklumat-maklumat dari TV dan akhbar-akhbar saja. Sebaliknya, dasar-dasar dan hak mereka dalam PAS, tidak diketahui. Oleh kerana itu Muslimat mesti ke turun ke ceruk rantau untuk mereka menjelaskan dasar dan perjuangan parti.
Dokongan muslimat di seluruh negara begitu mantap terhadap parti. Setakat ini adakah ustazah berpuas hati terhadap penyertaan muslimat dalam haraki kepimpinan PAS di peringkat pusat mahupun negeri?
Ya! Memang dokongan Muslimat PAS di seluruh negara semakin kukuh. Bagaimanapun, dalam kepimpinan PAS Pusat, mereka yang duduk saebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat tidak ramai. Tidak sampai lima peratus lagi. Kalau boleh diberi laluan dan peluang supaya Muslimat berada dalam barisan kepimpinan AJK PAS Pusat. Tambahan pula suara wanita sekarang ini lebih terbuka dan di kalangan penduduk sendiri wanita lebih daripada lelaki. Oleh itu suara wanita kena lebih, dalam setiap organisasi parti. Pertambahan bukan sekadar jawatankuasa tetapi jawatan-jawatan penting yang lain.
Bagaimana pula dalam pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat khususnya di Kedah yang ustazah terlibat secara langsung, adakah ia diterima oleh rakyat sepenuhnya?
Dalam pentadbiran kerajaan, Muslimat sebenarnya diterima dan kita nampak sokongan diberi kepada saya. Tetapi kami masih belajar untuk menjadi pemimpin dalam kerajaan yang ada sekarang khususnya di Kedah. Di Kelantan saya rasa mereka sudah ada wakil rakyat daripada wanita dan sekarang ini sudah ada tiga orang wakilnya dan ini menampakkan Muslimat diterima oleh kerajaan dan rakyat. Muslimat pun sudah ke depan sekarang ini. Di Kedah, walaupun baru seorang yang menang, kita bersyukur kerana walaupun baru seorang menang, ia tetap diberi laluan untuk menjadi Exco Kerajaan Negeri.
Ini sesuatu yang cukup bertuah kerana diberi mandat yang begitu besar oleh Kerajaan Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Menteri Besar, Dato' Seri Azizan Abdul Razak untuk memimpin wanita-wanita di Kedah. Penerimaan masyarakat Alhamdulillah, saya pun baru berbincang dengan Wanita Umno. Dan mereka cukup seronok bertemu dengan kita sebagai wakil rakyat muslimat. Mereka berpandangan wakil rakyat PAS begitu prihatin terhadap rakyat bawahan.
Bagaimana sikap masyarakat bukan Melayu?
Di DUN saya sendiri masyarakat bukan Melayu terlalu ramai hampir 10,000 pengundi daripada keseluruhan pengundi seramai 27,000. Dan kita nampak masyarakat bukan Melayu menerima saya dan PAS begitu menggalakkan.
Sebagai sayap parti, adakah ustazah berpuashati dengan peranan yang dimainkan oleh Muslimat selama ini di tengah-tengah kelompok masyarakat?
Sebenarnya saya kurang gemar bila dikatakan Muslimat sebagai sayap parti. Ini kerana Muslimat satu badan yang berada dalam parti. Muslimat berperanan sangat penting. Di Kedah sendiri Muslimat begitu diperlukan dalam masyarakat setelah PAS menjadi kerajaan. Peranan Muslimat begitu besar dan sekarang ini kita menubuhkan badan-badan bukan kerajaan (NGO) daripada Muslimat. Ia bertujuan untuk kita memasuki segenap ruang lingkup wanita kerana ada wanita yang tidak boleh menerima kita atas dasar parti. Dengan itu, akhirnya mereka menerima kita sebagai badan NGO yang sentiasa memberi khidmat kepada rakyat.
Baru-baru ini Perdana Menteri Dato', Seri Najib Tun Razak melantik Naib Presiden Umno, Dato' Shafie Apdal sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah sebagai misi untuk merampas Kedah.
Beliau (Dato' Shafie) itu orang luar atau orang yang diimport untuk membersih Umno Kedah. Ini satu kesilapan dan ia tidak akan menjejas PAS di Kedah. Bagi kami tidak ada apa-apa... kerana orang luar tidak memahami persekitaran dalam negeri ini. Malah ia memudahkan muslimat dan jentera PAS untuk bergerak terus bersama-sama dengan rakyat di seluruh Kedah.
Pengajaran berguna dari PKS untuk PAS
Parti Keadilan Sejagat(PKS) begitu sinonim dengan kehidupan rakyat Indonesia. pimpinan dan kader-kader mereka turun padang mendekati rakyat marhein di negara yang mempunyai umat Islam terbanyak di dunia. Gerak kerja dan program PKS di senangi dan ditunggu-tunggu. Hasilnya tahun 2004, PKS berjaya memenangi hati rakyat dengan menang pilihanraya Parlimen di kota-kota besar seperti Jakarta dan Bandung.Antara rahsia kejayaan PKS ketika itu ialah mendekati rakyat marhein dan kerja-kerja kebajikan membantu golongan miskin dan tertindas. PKS disenangi semua golongan termasuk yang bukan Islam.Malangnya ketika pilihanraya Parlimen 2009 baru-baru ini, undi rakyat Indonesia untuk PKS merundum dengan teruknya. PKS kehilangan kawasan-kawasan yang pernah dimenanginya dulu.Penganalisisi politik Indonesia mengandaikan PKS tersilap strategi dan kesilapan membaca politik terkini. Antara yang kesilapan terbesar PKS ialah mendampingi Parti Golkar dan keluarga Suharto. Menjelang pilihanraya parlimen, ada pimpinan PKS menghadiri majlis anjuran Golkar dan keluarga Suharto. Bahkan pimpinan mereka memuji "jasa" Suharto dan mengangkat Suharto sebagai Pahlawan Nasional (negarawan).Pimpinan PKS tidak memahami perasaan rakyat terhadap Suharto dan Golkarnya. Selama lebih 30 tahun, jiwa dan perasaan mereka ditindas oleh Suharto dan kroni-kroninya. Suharto dan Golkar membolot hasil mausul bumi Indonesia. Suharto dan keluarganya bertambah kaya raya, rakyat menderita di dunia kemiskinan. Apabila kezaliman Suharto sampai kemuncaknya, rakyat Indonesia bangkit dengan reformasi gulingkan Suharto. Perjuangan dengan darah dan airmata.Apabila pimpinan PKS mula memuji Suharto, itulah bermulanya detik kekalahan PKS dalam pilihanraya Parlimen baru-baru ini. Mungkin segala kebajikan dan kebaikan PKS untuk rakyat marhein sudah dianggap kosong gara-gara pujian buat Suharto.PKS perlu bangkit semula. Pelajari kesilapan dan ambil pengajaran. Barangkali PKS perlu bangkit dengan angka "zero". Rakyat Indonesia menolak PKS atas sebab puji Suharto dan anggap beliau sebagai Pahlawan Nasional.PAS perlu pelajari nasib yang dialami oleh PKS. Jika di Indonesia Suharto dan Golkar adalah nama yang amat dibenci oleh golongan marhein. Golongan marhein mengingati kezaliman dan kejahatan Suharto dan Golkarnya. Mereka gunakan ABRI(tentera) sebagai alat perkakas untuk tindas rakyat bagi kekalkan kekuasaan mereka selama 30 tahun.PAS kena ingat dan tahu serta memahami perasaan golongan marhein. Di Malaysia, Mahathir itu umpama Suharto dan UMNO itu umpama Golkar. Manakala ABRI macam PDRM.Baik Najib, Mahathir dan UMNO adalah nama-nama yang tidak diingini oleh golongan marhein Malaysia. Janganlah cuba berbaik-baik dengan mereka. Nanti PAS akan alami nasib seperti PKS.Jika atas nama berdakwah, bukan masanya dan masa kini tidak sesuai untuk kerja tersebut. Sasaran dakwah PAS kini adalah golongan marhein dan non muslim. Buat sementara waktu abaikan dulu golongan "karat hijau".Kepada pimpinan PAS, cukuplah dulu anda semua bersusah payah menghadiri dan menadah telinga dengar leteran Mahathir. Nanti nasib anda semua jadi seperti PKS ! Mohon dijauhi Allah Taala .
sumber:http://pasmerbok.blogspot.com/
Al-Ustadz Ahmad Izzah Al-Andalusy
Suatu petang, di Tahun 1525. Penjara tempat tahanan orang-orang di situ terasa hening mencengkam. Jeneral Adolf Roberto, pemimpin penjara yang terkenal bengis, tengah memeriksa setiap kamar tahanan.
Setiap banduan penjara membongkokkan badannya rendah-rendah ketika 'algojo penjara' itu melintasi di hadapan mereka. Kerana kalau tidak, sepatu 'boot keras' milik tuan Roberto yang fanatik Kristian itu akan mendarat di wajah mereka. Roberto marah besar ketika dari sebuah kamar tahanan terdengar seseoran mengumandangkan suara-suara yang amat ia benci. "Hai...hentikan suara jelekmu! Hentikan...!" Teriak Roberto sekeras-kerasnya sambil membelalakkan mata. Namun apa yang terjadi? Laki-laki di kamar tahanan tadi tetap saja bersenandung dengan khusyu'nya. Roberto bertambah berang. Algojo penjara itu menghampiri kamar tahanan yang luasnya tak lebih sekadar cukup untuk satu orang.
Dengan marah ia menyemburkan ludahnya ke wajah tua sang tahanan yang keriput hanya tinggal tulang. Tak puas sampai di situ, ia lalu menyucuh wajah dan seluruh badan orang tua renta itu dengan rokoknya yang menyala. Sungguh ajaib... Tak terdengar secuil pun keluh kesakitan. Bibir yang pucat kering milik sang tahanan amat galak untuk meneriakkan kata Rabbi, wa ana 'abduka... Tahanan lain yang menyaksikan kebiadaban itu serentak bertakbir sambil berkata, "Bersabarlah wahai ustaz...InsyaALlah tempatmu di Syurga."
Melihat kegigihan orang tua yang dipanggil ustaz oleh sesama tahanan, 'algojo penjara' itu bertambah memuncak marahnya. Ia memerintahkan pegawai penjara untuk membuka sel, dan ditariknya tubuh orang tua itu keras-kerasnya sehingga terjerembab di lantai.
"Hai orang tua busuk! Bukankah engkau tahu, aku tidak suka bahasa hinamu itu?! Aku tidak suka apa-apa yang berhubung dengan agamamu! Ketahuilah orang tua dungu, bumi Sepanyol ini kini telah berada dalam kekuasaan bapa kami, Tuhan Jesus. Anda telah membuat aku benci dan geram dengan 'suara-suara' yang seharusnya tidak didengari lagi di sini. Sebagai balasannya engkau akan kubunuh. Kecuali, kalau engkau mahu minta maaf dan masuk agama kami."
Mendengar "khutbah" itu orang tua itu mendongakkan kepala, menatap Roberto dengan tatapan yang tajam dan dingin. Ia lalu berucap, "Sungguh...aku sangat merindukan kematian, agar aku segera dapat menjumpai kekasihku yang amat kucintai, ALlah. Bila kini aku berada di puncak kebahagiaan karena akan segera menemuiNya, patutkah aku berlutut kepadamu, hai manusia busuk? Jika aku turuti kemahuanmu, tentu aku termasuk manusia yang amat bodoh."
Sejurus sahaja kata-kata itu terhenti, sepatu lars Roberto sudah mendarat di wajahnya.
Lelaki itu terhuyung. Kemudian jatuh terkapar di lantai penjara dengan wajah berlumuran darah. Ketika itulah dari saku baju penjaranya yang telah lusuh, meluncur sebuah 'buku kecil'. Adolf Roberto berusaha memungutnya. Namun tangan sang Ustaz telah terlebih dahulu mengambil dan menggenggamnya erat-erat. "Berikan buku itu, hai lelaki dungu!" bentak Roberto.
"Haram bagi tanganmu yang kafir dan berlumuran dosa untuk menyentuh barang suci ini!"ucap sang ustaz dengan tatapan menghina pada Roberto. Tak ada jalan lain, akhirnya Roberto mengambil jalan paksa untuk mendapatkan buku itu. Sepatu lars seberat dua kilogram itu ia gunakan untuk menginjak jari-jari tangan sang ustaz yang telah lemah.
Suara gemeretak tulang yang patah terdengar menggetarkan hati. Namun tidak demikian bagi Roberto. Laki-laki bengis itu malah merasa bangga mendengar gemeretak tulang yang terputus. Bahkan 'algojo penjara' itu merasa lebih puas lagi ketika melihat tetesan darah mengalir dari jari-jari musuhnya yang telah hancur.
Setelah tangan tua itu tak berdaya, Roberto memungut buku kecil yang membuatnya baran. Perlahan Roberto membuka sampul buku yang telah lusuh. Mendadak algojo itu termenung.
"Ah...seperti aku pernah mengenal buku ini. Tetapi bila? Ya, aku pernah mengenal buku ini."
Suara hati Roberto bertanya-tanya. Perlahan Roberto membuka lembaran pertama itu. Pemuda berumur tiga puluh tahun itu bertambah terkejut tatkala melihat tulisan-tulisan "aneh" dalam buku itu. Rasanya ia pernah mengenal tulisan seperti itu dahulu. Namun, sekarang tak pernah dilihatnya di bumi Sepanyol.
Akhirnya Roberto duduk di samping sang ustaz yang sedang melepaskan nafas-nafas terakhirnya. Wajah bengis sang algojo kini diliputi tanda tanya yang dalam. Mata Roberto rapat terpejam. Ia berusaha keras mengingat peristiwa yang dialaminya sewaktu masih kanak-kanak.
Perlahan, sketsa masa lalu itu tergambar kembali dalam ingatan Roberto.
Pemuda itu teringat ketika suatu petang di masa kanak-kanaknya terjadi kekecohan besar di negeri tempat kelahirannya ini. Petang itu ia melihat peristiwa yang mengerikan di lapangan Inkuisisi (lapangan tempat pembantaian kaum muslimin di Andalusia). Di tempat itu tengah berlangsung pesta darah dan nyawa. Beribu-ribu jiwa tak berdosa gugur di bumi Andalusia.
Di hujung kiri lapangan, beberapa puluh wanita berhijab (jilbab) digantung pada tiang-tiang besi yang terpancang tinggi. Tubuh mereka bergelantungan tertiup angin petang yang kencang, membuat pakaian muslimah yang dikenakan berkibar-kibar di udara. Sementara, di tengah lapangan ratusan pemuda Islam dibakar hidup-hidup pada tiang-tiang salib, hanya karena tidak mahu memasuki agama yang dibawa oleh para rahib.
Seorang kanak- kanak laki-laki comel dan tampan, berumur sekitar tujuh tahun, malam itu masih berdiri tegak di lapangan Inkuisisi yang telah senyap. Korban-korban kebiadaban itu telah syahid semua. Kanak kanak comel itu melimpahkan airmatanya menatap sang ibu yang terkulai lemah di tiang gantungan. Perlahan-lahan kanak - kanak itu mendekati tubuh sang ummi yang tak sudah bernyawa, sambil menggayuti abinya. Sang anak itu berkata dengan suara parau, "Ummi, ummi, mari kita pulang. Hari telah malam. Bukankah ummi telah berjanji malam ini akan mengajariku lagi tentang alif, ba, ta, tsa....? Ummi, cepat pulang ke rumah ummi..."
Budak kecil itu akhirnya menangis keras, ketika sang ummi tak jua menjawab ucapannya. Ia semakin bingung dan takut, tak tahu apa yang harus dibuat . Untuk pulang ke rumah pun ia tak tahu arah. Akhirnya budak itu berteriak memanggil bapaknya, "Abi...Abi...Abi..." Namun ia segera terhenti berteriak memanggil sang bapa ketika teringat petang kelmarin bapanya diseret dari rumah oleh beberapa orang berseragam.
"Hai...siapa kamu?!" jerit segerombolan orang yang tiba-tiba mendekati budak tersebut. "Saya Ahmad Izzah, sedang menunggu Ummi..." jawabnya memohon belas kasih. "Hah...siapa namamu budak, cuba ulangi!" bentak salah seorang dari mereka. "Saya Ahmad Izzah..." dia kembali menjawab dengan agak kasar. Tiba-tiba "Plak! sebuah tamparan mendarat di pipi si kecil. "Hai budak...! Wajahmu cantik tapi namamu hodoh. Aku benci namamu. Sekarang kutukar namamu dengan nama yang lebih baik. Namamu sekarang 'Adolf Roberto'...Awas! Jangan kau sebut lagi namamu yang buruk itu. Kalau kau sebut lagi nama lamamu itu, nanti akan kubunuh!" ancam laki-laki itu."
Budak itu mengigil ketakutan, sembari tetap menitiskan air mata. Dia hanya menurut ketika gerombolan itu membawanya keluar lapangan Inkuisisi. Akhirnya budak tampan itu hidup bersama mereka.
Roberto sedar dari renungannya yang panjang. Pemuda itu melompat ke arah sang tahanan. Secepat kilat dirobeknya baju penjara yang melekat pada tubuh sang ustaz. Ia mencari-cari sesuatu di pusat laki-laki itu. Ketika ia menemukan sebuah 'tanda hitam' ia berteriak histeria, "Abi...Abi...Abi..." Ia pun menangis keras, tak ubahnya seperti Ahmad Izzah dulu. Fikirannya terus bergelut dengan masa lalunya. Ia masih ingat betul, bahwa buku kecil yang ada di dalam genggamannya adalah Kitab Suci milik bapanya, yang dulu sering dibawa dan dibaca ayahnya ketika hendak menidurkannya. Ia jua ingat betul ayahnya mempunyai 'tanda hitam' pada bahagian pusat.
Pemuda bengis itu terus meraung dan memeluk erat tubuh tua nan lemah. Tampak sekali ada penyesalan yang amat dalam atas tingkah-lakunya selama ini. Lidahnya yang sudah berpuluh-puluh tahun lupa akan Islam, saat itu dengan spontan menyebut, "Abi... aku masih ingat alif, ba, ta, tha..." Hanya sebatas kata itu yang masih terakam dalam benaknya.
Sang ustaz segera membuka mata ketika merasakan ada tetesan hangat yang membasahi wajahnya. Dengan tatapan samar dia masih dapat melihat seseorang yang tadi menyeksanya habis-habisan kini sedang memeluknya. "Tunjuki aku pada jalan yang telah engkau tempuhi Abi, tunjukkan aku pada jalan itu..." Terdengar suara Roberto meminta belas.
Sang ustaz tengah mengatur nafas untuk berkata-kata, lalu memejamkan matanya. Air matanya pun turut berlinang. Betapa tidak, jika setelah puluhan tahun, ternyata ia masih sempat berjumpa dengan buah hatinya, di tempat ini. Sungguh tak masuk akal. Ini semata-mata bukti kebesaran Allah.
Sang Abi dengan susah payah masih boleh berucap. "Anakku, pergilah engkau ke Mesir. Di sana banyak saudaramu. Katakan saja bahwa engkau kenal dengan Syaikh Abdullah Fattah Ismail Al-Andalusy. Belajarlah engkau di negeri itu," Setelah selesai berpesan sang ustaz menghembuskan nafas terakhir dengan berbekal kalimah indah "Asyahadu anla IllaahailALlah, wa asyahadu anna Muhammad Rasullullah...'. Beliau pergi dengan menemui Rabbnya dengan tersenyum, setelah sekian lama berjuang dibumi yang fana ini.
Kini Ahmah Izzah telah menjadi seorang alim di Mesir. Seluruh hidupnya dibaktikan untuk agamanya, 'Islam, sebagai ganti kekafiran yang di masa muda sempat disandangnya. Banyak pemuda Islam dari berbagai penjuru berguru dengannya..."
Al-Ustadz Ahmad Izzah Al-Andalusy.
Benarlah firman Allah...
"Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama ALlah, tetaplah atas fitrah ALlah yang telah menciptakan manusia menurut fitrahnya itu. Tidak ada perubahan atas fitrah ALlah. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." (QS>30:30)
Syeikh Al-Islam Turki yang terakhir iaitu As-Syeikh Mustafa Al Basri telah menegaskan dalam bukunya ...
"Sekularisma yang memisahkan ajaran agama dengan kehidupan dunia merupakan jalan paling mudah untuk menjadi murtad."
Dari : Al-Manahil