BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Kekasih Agung



Salam Cinta Tuhan...Rabiu'Awal yang telah tiba meingatkan diri kita kepada Junjungan yang mulia...Masih segar dalam ingatan Rabiu'Awal 2 tahun lalu diisi dengan pengajian bersama murrabi kami iaitu Syeikh Wafiq Al-Hijazi.Jiwa saya dapat merasakan seolah-olah berada di dalam majlis Nabi diiringi pula dengan burdah dan qasidah memuji Rasul junjungan.Seolah-olah Nabi Muhammad Sallahualahiwassalam hadir dalam majlis pengajian kami,alangkah indah dan manis ketika itu .Juga pengajian yang amat manis untuk dikenang pengajian bersama ustazah Syarifah Durrah Syed Syeh"Syamail Muhammadiah" juga mendekatkan hati dan cinta terhadap Rasul junjungan.


HIKMAH NABI DILAHIRKAN PADA BULAN RABIU'AWAL

Ibnu Al-HAj RadiAllahuanh berkata apakah hikmah RAsullulah Sallahualahiwassalam dilahirkan pada bulan Rabiuawal dan pada hari isnin?Kenapa Rasullulah Sallahualahiwassalam tidak dilahirkan pada bulan ramdahan iaitu bulan yang diturunkan Al-Quran dan padanya terdapat malam Lailatul atau pada malam nisfu Syaaban atau pada hari Jumaat.Hikmahnya ialah:-

1.Sepertimana yang telah didatangkan dalam hadis bahawa Allah Taala telah menjadikan pokok-pokok kayu pada hari isnin.Maka kelahiran Rasulullah pada hari isnin seperti tumbuhnya pokok-pokok yang memberikan makanan,yang dapat di makan sepanjang tahun untuk kesenanagan hidup.

2. Pada lafaz "Rabi' "itu sendiri membawa makna yang baik iaitu musim bunga.Abu Abd.Rahman Al-Haqli RadiAllahuanh telah berkata setiap manusia terdapat habuan pada namanya.


3. Musim bunga adalah sebaik-baik musim dan begitula syariat yang dibawa oleh Nabi Sallahualahiwassalam adalah sebaik-baik dan seadil-adil syariat.

4.Allah Subhanahu wa Taala memuliakan hari Isnin keranakelahiran Nabi sallahualahiwassalam pada hari tersebut.



Sumber Rujukan:Kitab Ath'ar Rasul Sallahulahualahiwassalam