BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Imam Abul A'la Al-Maududi:Tokoh Gerakan Islam India & Pakistan siri 1


Imam Abul A'la Al-Maududi adalah salah tokoh yang wajar dikenangi dan diketahui umum sejarah hidup dan sumbangannya terhadap gerakan islam. Sama pentingnya kita mengetahui tentang tokoh-tokoh gerakan islam yang lain seperti As-Syahid Imam Hasan Al-Banna ,Syed Qutb,As-Syahid Syeik Ahmad Yassin dan ramai lagi pejuang-pejuang yang ikhlas yang memerah darah dan keringat bagi menegakkan islam yang syumul dimuka bumi ini.


BERJIWA PEJUANG DAN CERDIK SEJAK KECIL

  • Imam Al-Maududi seorang yang agak genius sejak kecil dan beliau telah mampu melakukan kerja-kerja yang tidak mampu dilakukan oleh orang-orang seusia dengannya pada waktu itu. Beliau amat menonjol di sekolahnya dan menduduki grade 8 padahal usianya baru sebelas tahun. Pada usia ini beliau telah menulis artikel dan menyampaikan ceramah, sehingga guru-guru& temannya berasa kagum.


  • Pada usia 15 tahun, beliau bekerja sbg editor pd akhbar harian yg terbit di kota kecil, Pajnoor. Selepas itu beliau berpindah kerja di Lembaga Bantuan dan Penyelamatan umat islam setelah akhbar harian ini dilarang penerbitannya.


  • Pada Usia 16 tahun beliau telah mengabunggkan diri dalam gerakan yang menghidupkan sistem khilafah dan bekerja di redaktor majalah mingguan At-Taj yang diterbitkan di Jabalpoor.


  • Pada usia 19 tahun, beliau menjadi ketua redaksi dalam akhbar harian At-Taj yang
    sebelumnya merupakan majalah mingguan . Artikel-artikel yang beliau tulis pada
    waktu itu mempunyai corak dan warna politik yang kental, di mana beliau begitu
    gigih membela gagasan menghidupkan kembali sistem kilafah.Akhbar harian ini terpaksa ditutup juga akibat daripada keberaniaan dan kelantangan beliau dalam bermain dengan pena. Tidak lama kemudian beliau telah berpindah ke Delhi untuk bergabung bersama ketua Himpunan Ulama' India dalam penerbitan akhbar harian Al Muslim, dan beliau juga dipilih sebagai ketua redaksinya. Setelah akhbar harian Al-Muslim dilarang penerbitannya, lalu Imam Al-Maududi bekerja bersama Syeikh Ahmad Sa'id di Delhi dalam penerbitan akhbar harian dengan nama jam 'iyyah Ulama' Al-Hind.



  • Imam Al-Maududi tetap memikul tugas penerbitan harian ini seorang diri sejak awal
    penerbitannya pada tahun 1343 hingga 1347 Hijrah.



  • Demikian Imam Al-Maududi keluar untuk hidup sejak usia remajanya sebab ayah beliau
    menderita sakit semenjak beliau masih kecil dan keadaan ini memaksanya bekerja
    mencari penghidupan.



  • Al-Maududi melukiskan pada waktu ini ini dengan mengatakan: "Hari-hari berlalu
    dengan perlahan, dengan membawa secerah cahaya lilin harapan, melangkah setapak demi setapak. Mulailah realiti kehidupan yang pahit membuka selubung kepahitannya."


  • Beliau memutuskan untuk menjadikan pena bukan sahaja sebagai alat mencari rezeki,bahkan sebagai wadah perjuangan membela hak-hak umatnya dengan mengarang buku pada ketika usianya belum sampai 20 tahun.


  • Manusia secara alamiyyah menerima hal-hal yang berlaku di dalam lingkungan masyarakatnya berupa adat-istiadat, pemikiran dan tokoh-tokoh yang ada. jika secara kebetulan terdapat seorang remaja yang mempunyai nada suara yang memukaukan, mempuinyai fikiran yang cerdas, pendapat yang genius, dan lebih maju daripada usianya, maka orang tidak mudah menerimanya dan akan mengatakan kepadanya: "ini bukan tempatmu melainkan tempat orang yang lebih tua daripada kamu.”

    Ungkapan ini pernah juga diucapkan oleh Saidina Umar bin 'Abdul Aziz RadiaAllahuanh, khalifah yang terkenal dengan keadilannya, kepada salah seorang yang muncul mewakili
    kaumnya untuk berbicara, lalu Amirul Mu'minin Umar bin 'Abdul Aziz berkata kepadanya: "Biarlah orang yang lebih tua daripada kamu berbicara, hai anak muda!" Lalu pemuda itupun menjawab: "Jika masalahnya adalah usia, tentu ada orang yang lebih berhak daripada engkau, wahai Amirul Mu'minin!"


  • Demikian pula pandangan orang terhadap remaja Imam Al-Maududi yang telah memimpin atau ikut menangani penerbitan lima jenis kewartawanan politik Islam pada waktu yang paling muda dalam sejarah India padahal usianya baru 20 tahun.




*Ikuti sambungan sejarah hidup Imam Abul A'la Al-Maududi yang menarik seperti pemikiran Imam Al-Maududi,penubuhan Jamaati Islami,keperibadian beliau sebagai pepimpin,perubahan yang beliau bawa terhadap umat islam di India dan banyak lagi harus diketahui oleh para pendamba-pendamba kembalinya khilafah dan kesyumulan islam walau dimana jua kalian berada pada posting yang akan datang..InsyaAllah.