BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

PAS RELEVAN BERSAMA SYURA'


KOTA BHARU, 18 Mac - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu keputusan yang dicapai pada muktamar PAS di Ipoh tahun lepas untuk memperkukuhkan hubungan Pakatan Rakyat perlu dihormati.
Beliau berkata, sekiranya ingin membuat keputusan lain daripada apa yang dipersetujui pada muktamar itu, satu perjumpaan khas perlu diadakan untuk membincangkan perkara tersebut.
"Saya tidak suka meminda keputusan yang telah dipersetujui dalam mesyuarat secara bersama dan kemudian hendak pinda semula di luar.
"Sekiranya sudah pasti untuk melakukan sesuatu perkara selain daripada apa yang diputuskan dalam muktamar tahun lalu, mesyuarat khas mengenainya perlu diadakan," ujarnya ketika ditemui pemberita selepas menerima rombongan pelabur daripada Taiwan di pejabatnya hari ini.
Sebelum ini Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mencadangkan diwujudkan kerajaan perpaduan yang melibatkan semua parti seperti berlaku di Indonesia semasa di bawah B J Habibie.
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, sekiranya semua ahli parti bersetuju dengan cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan beliau akan akur.
"Saya boleh bersetuju dengan cadangan kerajaan perpaduan sekiranya diputuskan ahli parti dalam muktamar akan datang apabila ada usul mengenainya," katanya.
Menurutnya juga pada muktamar tahun lalu telah diputuskan sekiranya mahu berbincang dengan pemimpin Umno atau Barisan Nasional biarlah berkaitan isu lain dan bukannya membentuk kerajaan bersama.
Ditanya mengenai perbezaan pendapatnya dengan Presiden PAS katanya, perbezaan pendapat perkara kedua kerana ia lumrah berlaku di kalangan sesama anggota parti.
"Namun apa yang penting perkara diputus dalam muktamar tahun lalu perlu dijaga.
"Sebab itulah perlu kepada mesyuarat khas membincangkan perkara tersebut bagi menjaga kestabilan parti dan mencerminkan disiplin perjuangan parti yang berlandas Islam," tambahnya.


SYURA' TUNTUTAN ISLAM



وامرهم شورى بينهم

maksudnya:sedang urusan mereka diputuskan dengan musyawarrah diantara mereka


وشاورهم فى الامر


maksudnya:dan bermusyawarrahlah dengan mereka dalam urusan itu


Imam Ahmad meriwayatkan dari Anas r.a ia berkata: "Rasulullah Sallalahhualaihiwassalambermesyuarat kepada para sahabat tentang tawanan perang Badar".


Dalam al-Bidayah (4/104),Rasulullah Sallahualahiwassalam bermesyuarat dengan saidina Saad bin Ubadah dan Saad bin Mu'adz tentang buah-buahan di kota Madinah ,mereka berdua berkata,"wahai Rasulullah Sallahualahiwassalam ,apakah ini perintah yang engkau cintai untuk kami lakukan ,atau sesuatu yang Allah perintahkan padamu yang harus kami lakukan ,atau sesuatu yang engkau buat untuk kami?"Baginda bersabda:"Itu adalah suatu yang sengaja aku buat untuk kalian."


Dalam kanzu al-'Ummal(4/45),dari Umar RadiAllahuanh"Bahawa suatu malam Rasulullah Salllhualahiwassalam pernah berbincang-bincang dengan Abu Bakar pada malam hari.Juga dalam perkara kaum muslim,aku dan Baginda(pernah berbincang-bincang)."


Rasulullah Sallahualahiwassalam tidak pernah mengeluarkan perintah kecuali setelah bermesyuarat dengan para sahabat,dan setelah mendengarkan pendapat mereka.


Beberapa contoh ayat dan hadis diatas jelas menunjukkan kewajiban prinsip musyawarrah dalam sesebuah organisasi dan kepatuhan mentaati keputusan yang disepakati dalam sesuatu mesyuarat.Pendirian Mursyidul 'Am Pas,Tuan Guru Dato'Nik Aziz Nik Mat amat jelas sekali menunjukkan PAS masih tetap dengan dasar-dasarnya sebagai sebuah gerakan islam di Malaysia, apabila tidak melakukan sesuatu pendirian dan dasar yang bertentangan dengan Muktamar yang disepakati bersama dengan ahli.Hal ini,menunjukkan PAS masih memegang prinsip syura' yang diajar oleh islam.Ketetapan PAS yang masih teguh dengan prinsip dan syariat islam biarpun dihenyak dalam dunia moden tanpa sempadan wajar diikuti dan dipuji....Tahniah dan Syabas PAS!!!!